Penyakit gout adalah satu masalah kesihatan atau ‘disorder‘ yang berpunca daripada tabiat hidup dan pemakanan tidak sihat. Ia adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak sehingga ia menjadi kristal di dalam sendi atau urat yang mencetuskan serangan gout yang sungguh menyeksakan.
Selain daripada mengambil ubat gout daripada hospital atau penawar gout tradisional, anda turut perlu jaga pantang larang tertentu untuk elakkan serangan gout pada masa depan. Berikut adalah senarai “Penyakit Gout dan Pantang” yang anda perlu ambil perhatian:
Kurangkan atau berhenti ambil daging merah atau organ dalaman.
Daging merah dan organ dalaman adalah kaya dengan purine yang merupakan bahan mentah penghasilan asid urik. Anda perlu pantang sehingga tahap asid urik kembali normal.
Elakkan daripada makan cendawan dan kekacang.
Makanan kekacang dan cendawan kaya dengan protein yang boleh meningkatkan tahap asid di dalam badan dan kemudian mencetuskan serangan gout.
Minum air dengan kerap, kalau boleh sila minum air alkali ionik.
Air alkali ionik boleh bantu neutralkan asid urik di dalam badan dan flush keluar melalui air kencing dengan berkesan. Ia merupakan penawar gout yang paling berkesan setakat ini.
Jangan melakukan senaman yang kuat seperti jogging lari atau main bola.
Kalau pernah diseksa serangan gout beberapa kali sebelum ini, sudah tentu terdapat deposit sisa-sisa kristal asid urik di dalam sendi-sendi yang pernah diseranga sebelum ini. Impak gegeran daripada aktivit sukan akan membangkit asid urik yang lama dan cetuskan serangan gout yang baru.
Jangan gunakan ais untuk hilangkan sakit gout.
Suhu rendah akan menggalakkan pembentukan kristal asid urik yang baru dan seterusnya mencetuskan attack. Kalau anda hendak legakan sakit gout, boleh cuba rendam kaki yang tengah sakit itu di dalam air suam panas selamat 15 minit. Ini boleh bantu menggalakkan pengaliran darah untuk bawa keluar asid urik daripada sendi.
Kalau anda rasa artikel ini masuk akal, sila copy dan paste senarai “Penyakit Gout dan Pantang” dan share di Facebook anda supaya kawan-kawan boleh manfaat daripada ilmu yang ringkas dan berkesan ini.